Tuesday, September 8, 2009

Pertemuan semalam, hari ini dan esok

Pertemuan semalam, hari ini dan esok

Pertemuan semalam
manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya indah
membalut hati resah untuk tenang
lupa pada kisah silam
yang pilunya bukan kepalang

Pertemuan hari ini
terasa madunya kian susut
entah ...
tertahankan ia pada hukum alam
menghakis sirna yang mendatang
kekal pada azali kejadian

Pertemuan hari esok
makin sukar untuk aku meramalkan
mungkin kemanisan itu akan hilang terus
tapi aku pasti
madu itu pasti akan kembali terisi
andai pertemuan dulu
diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.

Kau datang lagi..
Kala aku sendiri
kau datang lagi
menghamparkan duri-duri
menikam batin ini
dengan ganasnya
tiada rasa simpati

Aku tahu
kau telah berjanji
akan mengheretku bersamamu
selagi aku bernyawa
dan terus berjuang
menuju jalan yang telah disuratkan

Kau tak pernah puas
dengki dengan kejayaanku
benci dengan perlakuanku
malah kau campakan aku
agar aku terjatuh seperti dirimu

Usahlah dikau berselindung
aku tahu siapa engkau
dan siapa aku

Insan.............
bila kita mencermin diri,
adalah sebaliknya
seminit dengan mendalam
engkau menatap
engkau tanya satu soalan
kepada insan dicermin
untuk siapakah engkau
sememangnya.................

sukar........
hidup seribu insan
namun pasti ada suratan
pasrah akan menyahut
biarpun pahit namun
tetap akan ditelan
kerana hidup sukar
dimengertikan
ibarat mimpi dalam khayalan.

Seandainya
diri ini bisa berkata-kata ke seluruh dunia
juga adanya suara yang kuat bergema
akan kulontarkan satu kata
biar ia berserakkan di mana-mana
biar ia tertusuk di sanubari
remaja, dewasa, lelaki, wanita...
bahawa dunia ini kian hampir akan hujungnya
dunia ini sudah terlalu tua
dunia ini hanya menunggu masa
untuk binasa
hapuskanlah persengketaan
koyakkan segala kekejaman
lunturkan segala maksiat
segala kejahatan
bersihkan diri dengan air suci
agar ia tidak hitam lagi
seandainya itu yang bisa kulakukan
alangkah damainya diri ini
lantaran hati tidak tertanggung lagi
kesedihan, keperitan
melihat segala titik hitam
yang semakin membesar... terlalu besar
takutnya... jika kita dilaknati
takutnya... jika kita tidak dirahmati
takutnya... jika kita enggan diberkati
aduhai semua
cukuplah membalut diri dengan dosa
kita di akhir zaman kini
pantaskan kaki mencari sinar abadi
untuk kebahagiaan yang menanti
di syurgawi..

bace lorh......

KAWAN

kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......
Bila susah kitalah dicari
Tapi bila senang sebelah mata pun dia tak pandang

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit.....
Harganya mak datuk mahalnya
Sedangkan bukan tahan berhari-hari

kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....
Tapi awas boleh jadi bah
Banjir dan bawa petaka

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana....
Kita nak capai memang tak sampai
Cuma cahayanya sahaja yang kita perati waktu malam

kate sedare,
kawan tu mcm makanan,
Samalah cam istilah kawan makan kawan!!
Jadi berpadalah kita buat baik
Tak payah nak ngelat bila terpaksa buat jahat

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........
Tapi tak semua kawan yang canggitu
Ada gak yang tak nak menurut selalu

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau je busuk tapi sedap dimakan....
Kalau dah buruk pun masih boleh di makan
Kan buat tempoyak dicicah juga dengan mentimun

kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......
Bila kita perlukan dia waktu tu dia tak ada
Tapi kalau kita suka, masa tu gak dia menjelma

Tapi pada aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI
LEMBU,TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!
Tapi dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia
selamanye dia tetap kawan aku
Sampai bila-bila walaupun tak pernah berjumpa